Pemeriksaan antenatal yang menyeluruh adalah amat penting untuk ibu mengandung dan bayi. Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami memahami bahawa pemeriksaan antenatal adalah langkah pertama ke arah perjalanan yang lebih penting dan bermakna. Pasukan profesional kami berpengalaman dalam memberikan servis antenatal untuk menyokong perjalanan antenatal anda. Kami percaya, perjalanan antenatal yang sihat adalah asas kepada kesihatan ibu dan perkembangan bayi yang optima.
Anda akan mendapat pemeriksaan menyeluruh daripada doktor kami yang berpengalaman sewaktu pemeriksaan antenatal. Kami akan memantau perkembangan anda, menjalankan rawatan susulan serta ujian yang perlu untuk menilai kesihatan anda dan bayi anda. Kami juga memberikan nasihat berkenaan pemakanan, senaman serta makanan tambahan dan vitamin untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang penting sepanjang tempoh mengandung.
Kami juga menjalankan ujian ultrasound untuk memantau perkembangan bayi anda, mengesan masalah serta merujuk anda jika perlu. Pasukan kami yang prihatin dan komited akan menjawab persoalan, memahami masalah dan kerisauan anda dan menyokong anda sepanjang tempoh penting ini.
Kami boleh membantu merancang kehamilan anda untuk perjalanan yang lebih bermakna dan gembira. Dapatkan temujanji bersama kami jika anda ingin mendapatkan konsultasi berkenaan kehamilan atau merancang keluarga.