Emel Kami: [email protected]

Servis Kami di Klinik Pusrawi Dengkil

Sunat/Khitan

Pengalaman bersunat yang selamat dan selesa buat lelaki dan perempuan melalui kepakaran profesional dan penjagaan yang mesra

Tentang Servis Sunat/Khitan Kami

Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami memahami bahawa proses bersunat adalah salah satu proses yang amat penting. Justeru, kami menjanjikan servis yang selesa serta pengalaman positif untuk kanak-kanak mahupun dewasa.

Pasukan professional kami mengutamakan kesihatan dan keselamatan pesakit sepanjang proses bersunat. Perawat kami yang berpengalaman menjalankan prosedur dengan rapi, mengikut protokol kebersihan yang ketat serta teknik terkini untuk mengurangkan ketidakselesaan serta mendapatkan keputusan yang lebih optima.

Kami memahami bahawa prosedur bersunat adalah sesuatu yang bersifat peribadi selain membawa makna keagamaan dan budaya yang dalam. Kerana itu, servis sunat kami sentiasa menyokong amalan ini semasa prosedur untuk memastikan ia berjalan lancar. Kami memberi konsultasi daripada fasa pra-prosedur sehingga fasa penyembuhan melalui arahan dan tatacara yang jelas, menjawab soalan serta memberi panduan lengkap untuk memberi kelegaan kepada pesakit dan keluarga

Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami mengutamakn kesihatan dan keselesaan pesakit kami. Berikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan servis bersunat yang selamat, prihatin, dan memelihara kehormatan individu. 

Perincian

Harga

Bayi Perempuan | RM50

Bayi Lelaki | RM300

Budak Lelaki | RM220

Soalan?

Anda mempunyai sebarang persoalan tentang servis Sunat/Khitan kami? WhatsApp kami sekarang dan pihak kami akan bantu anda secepat yang mungkin.
Scroll to Top