Emel Kami: klinikpusrawidengkil@gmail.com

Servis Kami di Klinik Pusrawi Dengkil

Ujian Darah

Ujian menyeluruh untuk mengesan risiko dan masalah kesihatan anda.

Tentang Servis Ujian Darah Kami

Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami faham akan kepentingan ujian darah untuk mengetahui dan memantau masalah kesihatan yang berbeza. Kami menawarkan ujian darah yang lengkap supaya anda lebih cakna akan kesihatan anda. Para perawat profesional kami akan mengambil sampel darah anda dan menjalankan pemeriksaan rapi berdasarkan faktor risiko seperti ujian darah biasa, tahap kolesterol, fungsi organ dan lain-lain. Ujian-ujian ini penting demi mengesan risiko penyakit, merancang rawatan serta menilai keberkesanan rawatan. Dengan penggunaan mesin dan teknologi terkini, anda tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Dapatkan temujanji di klinik kami untuk memantau kesihatan anda

PAKEJ ASAS: Pakej asas kami menawarkan saringan kesihatan asas dengan harga berpatutan. Ia termasuk saringan asas yang menyeluruh untuk menilai tahap kesihatan anda. Pasukan kami yang berdedikasi akan menjalankan Ujian darah untuk memeriksa keadaan darah putih dan darah merah anda,menilai tahap kolesterol, menilai tahap kesihatan buah pinggang, tahap diabetes dan kawalan gula dan menilai fungsi hati. Ujian air kencing juga dilakukan untuk menilai parameter air kencing dan buah pinggang anda. Anda boleh mengetahui tahap kesihatan anda dan mengambil langkah proaktif ke arah gaya hidup sihat selepas mengambil pakej Asas kami.

PAKEJ STANDARD: Pakej standard kami bertujuan untuk meningkatkan saringan asas kesihatan anda dan memberi lebih banyak maklumat berkenaan kesihatan anda. Pakej standard kami adalah kombinasi pakej asas bersama ujian-ujian tambahan iaitu: ujian untuk hormon tiroid untuk menilai fungsi kalenjar tiroid anda, ujian untuk menilai status imunisasi Hepatitis B, ujian jenis darah, ujian untuk mengesan risiko masalah sendi, dan ujian VDRL untuk mengesan jangkitan sifilis. Anda akan mendapat lebih maklumat dan dapat menilai kesihatan anda dengan lebih baik melalui pakej standard kami.

PAKEJ PREMIUM: Dapatkan saringan kesihatan yang lengkap dengan pakej premium kami. Pakej ini bertujuan memberi maklumat komprehensif berkenaan kesihatan anda melalui gabungan pelbagai jenis pemeriksaan dan ujian. Pakej ini menawarkan pakej asas serta ujian saringan risiko kanser pankreas, kanser hati, kanser ovari untuk wanita dan kanser prostat untuk lelaki. Selain itu, ujian sarigan HIV serta ujian ritma jantung (ECG) turut dilakukan untuk menilai kesihatan jantung anda. Dengan pakej premium ini, anda bukan sahaja diperiksa oleh para perawat profesional kami, bahkan anda mendapat maklumat yang lebih mendalam tentang kesihatan anda. Dapatkan temujanji untuk pakej premium kami untuk maklumat kesihatan yang lebih komprehensif.

Nota: Pakej saringan ini telah dibuat untuk saringan kesihatan yang lebih mudah dan menyeluruh. Dapatkan konsultasi bersama doktor kami untuk berbincang tentang keperluan serta ujian yang lebih spesifik untuk anda

Perincian

Harga

Pakej Asas | RM70

Pakej Standard | RM100

Package Premium | RM200

Soalan?

Anda mempunyai sebarang persoalan tentang servis Ujian Darah kami? WhatsApp kami sekarang dan pihak kami akan bantu anda secepat yang mungkin.
Scroll to Top