Emel Kami: klinikpusrawidengkil@gmail.com

Servis Kami di Klinik Pusrawi Dengkil

Pemeriksaan Bakal Haji & Umrah

Lindungi kesihatan anda semasa perjalanan Ibadah anda dengan vaksinasi penting dan pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Tentang Servis Pemeriksaan Bakal Haji & Umrah Kami

Kesihatan adalah amat penting dalam perjalanan ibadah umrah dan haji anda. Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami memahami bahawa bakal haji dan umrah perlu sentiasa menjaga kesihatan mental dan fizikal. Kerna itulah, kami menawarkan pakej istimewa khas untuk anda.

Pakej kami termasuk vaksinasi penting untuk mengelak penyakit yang mungkin berlaku ketika mengerjakan Haji dan Umrah.

Vaksin meningococcal adalah penting untuk mengelakkan jangkitan selaput otak yang melindungi otak dan saraf tunjang. Vaksin ini mengurangkan risiko jangkitan bakteria Meningococcal yang  menyebabkan radang selaput otak, bahkan boleh mendatangkan komplikasi jangka panjang dan kematian.

Vaksin Pneumococcal turut diberi bersama pakej ini untuk perlindungan daripada jangkitan bakteria pneumococcal. Jangkitan Pneumococcal boleh menyebabkan masalah paru-paru, pernafasan serta jangkitan otak. Kurangkan risiko untuk mendapat jangkitan dan masalah ini ketika beribadah dengan mengambil vaksin pneumococcal.

Kami juga menawarkan perlindungan daripada virus influenza H1N1 atau ‘swine flu’. Jangkitan virus ini menyebabkan penyakit dan masalah pernafasan yang serius. Adalah amat penting anda dilindungi daripada virus ini ketika bersesak-sesak bersama jemaah Haji dan Umrah lain yang mungkin menjangkiti anda. Vaksin H1N1 influenza kami memberikan perlindungan spesifik, mengurangkan risiko jangkitan serta membantu anda beribadah dengan lebih tenang.

Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kesihatan anda adalah keutamaan kami. Para perawat profesional kami yang berpengalaman memberikan vaksin yang sesuai mengikut panduan antarabangsa. Kami memahami risiko kesihatan yang berkaitan ketika anda menunaikan ibadah haji dan umrah dan kami komited untuk membantu anda beribadah dengan sempurna dan tenang.

Berikan kepercayaan anda kepada kami di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD) untuk menjalani perjalanan spiritual anda dengan lebih sempurna. Dapatkan saringan dan vaksinasi untuk mengurankan risiko kesihatan. Hubungi kami segera untuk temujanji dan mulakan ibadah anda dengan kesihatan yang lebih baik. 

Perincian

Harga

Meningococcal | RM170

Pneumococcal | RM285

Influenza | RM85

Soalan?

Anda mempunyai sebarang persoalan tentang servis Pemeriksaan Bakal Haji & Umrah kami? WhatsApp kami sekarang dan pihak kami akan bantu anda secepat yang mungkin.
Scroll to Top