Emel Kami: klinikpusrawidengkil@gmail.com

Servis Kami di Klinik Pusrawi Dengkil

Vaksinasi

Lindung diri dengan vaksinasi : Servis imunisasi yang dipercayai di Dengkil

Tentang Servis Vaksinasi Kami

Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami menawarkan perkhidmatan servis vaksinasi yang menyeluruh dan dipercayai untuk memelihara setiap golongan umur daripada penyakit yang boleh dicegah. Pasukan professional kesihatan kami sentiasa komited dalam mempromosi kesihatan awam dan memelihara nyawa melalui imunisasi.

Vaksinasi adalah salah satu cara yang telah terbukti berkesan untuk mengelakkan penularan penyakit berjangkit selain membina imuniti dalam komuniti. Servis Vaksinasi kami mematuhi panduan and protokol jabatan kesihatan yang sangat ketat.

Kami menyediakan pelbagai jenis vaksinasi, termasuk imunisasi rutin untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa serta vaksinasi khusus untuk melancong dan vaksinasi untuk pekerjaan. Pasukan kami mahir dalam memberikan nasihat untuk vaksinasi yang anda perlukan serta sentiasa mengikuti perkembangan vaksinasi semasa.

Apabila anda memilih servis Vaksinasi kami, anda dan keluarga akan mendapat vaksin yang berkualiti serta perkhidmatan vaksinasi oleh professional. Kami mengamalkan dan berbangga dengan prosedur penyimpanan dan pengendalian vaksin yang tepat untuk memastikan integriti dan keberkesanan vaksin anda.

Di Klinik Pusrawi Dengkil (KPD), kami memahami kepentingan mewujudkan persekitaran yang selesa dan sesuai untuk penerima vaksin. Para perawat profesional kami akan menjawab segala soalan dan pertanyaan anda, serta memberikan anda informasi penting berkenaan imunisasi demi membantu keputusan anda untuk imunisasi. 

Lindungi diri,keluarga dan komuniti anda dengan mengambil vaksinasi terkini. Bertindak segera untuk mencegah penyakit dan menuju ke arah kesihatan yang lebih baik.  Dapatkan temujanji untuk servis vaksinasi di klinik kami demi membina  ketahanan anda terhadap penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi.

Perincian

Harga

Sila datang ke klinik kami untuk dapatkan harga terkini.

Soalan?

Anda mempunyai sebarang persoalan tentang servis Vaksinasi kami? WhatsApp kami sekarang dan pihak kami akan bantu anda secepat yang mungkin.
Scroll to Top